Sunday, April 19, 2009

LATIHAN KEBAKARAN

Latihan Kebakaran 2009... A successful project lead by Unit Bimbingan Dan Kaunseling and Unit Keselamatan..
Thanks to the cooperation by teachers and staff, the drill was indeed a meaningful effort to ensure safety precautions measures to be taken seriously..
Thank you all..

More pictures in ubk blog... Go to link..

Thursday, April 16, 2009

Perlawanan Persahabatan

Perlawanan persahabatan yang hebat semalam mempamerkan aksi-aksi cemas dan menghiburkan semua penonton yang datang ke padang awam Tapah. Walaupun tewas dengan jaringan 0-1, namun permainan yang hebat telah ditunjukkan oleh pemain-pemain. Satu perkara yang dipelajari semalam adalah formasi baru iaitu 4-2-4.. Ramainya penyerang.. Tahniah semua!
Pengerusi.

Wednesday, April 15, 2009


Perlawanan Bola Sepak Persahabatan.
Kelab Guru Dan Kakitangan SK Batu 14 vs SMK Hamid Khan.
16 April 2009
5.30 Petang
Padang Awam Tapah.
"Datanglah beramai-ramai"
Semoga pasukan kita akan bermain bersungguh-sungguh...
Menang atau kalah bukan persoalannya... Yang penting semangat yang tak pernah luntur..
Gambar sekadar hiasan.

Monday, April 13, 2009

Cameron Highlands


Gambar bunga diambil di Cameron Highlands. Suasana di Cameron Highlands sungguh menyegarkan dan nyaman sekali.
Kalaulah dapat kita bersama kesana untuk jamuan akhir tahun kan seronok.
Vote now!

Tuesday, April 7, 2009

Sambutan Hari Jadi..


Pada 6 April lalu, sambutan harijadi telah diadakan dan ahli yang bertuah menyambutnya adalah Cik Aida Hayati Bt. Osman. Beliau yang menyambut harijadinya pada 9 April nanti merasa amat terharu yang berterima kasih kepada semua pihak yang sudi menyambut harijadinya yang ke.....

Selamat Hari jadi... Selamat Hari jadi...

Saturday, April 4, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan.
4 April 2009.
"Eduwebtv" Disampaikan oleh Pn. Nor Azini.

Guru-guru sedang tekun mengikuti taklimat sambil mempraktikkan dengan komputer.





Makan tengah hari....

Udang celup tepung kegemaran ramai.
"kalau selalu kan best!"

Friday, April 3, 2009

Perlawanan Persahabatan.


Kelihatan pemain-pemain pasukan Kelab Guru Dan Kakitangan sedang bersiap untuk perlawanan yang dijalankan petang Jumaat. Walaupun tewas dengan jaringan 5-4 namun, semangat yang ditunjukkan amat membanggakan. Ditunjangi dengan pengurus pasukan En. Mohd Nadzmi dan Saudara Nagendran sebagai kapten skuad bimbingan En. Azman Shaharuddin kekal bermain dengan posisi 4-4-3. Tapi, pada perlawanan kali ini, seorang midfield tidak asing lagi bagi PSKPP Batang Padang, En. Hanifi telah hadir membantu pasukan dan berjaya menjaringkan 2 gol. Turut menyumbang gol adalah En. Rizal Waja dan En. Zaini PPM. Skuad cemerlang ini dijangka bertemu skuad SMK Hamid Khan dan SMK Syeikh Abdul Ghani dalam bulan April.