Sunday, December 19, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011


Gambar ini diambil ketika Sambutan Hari Kanak-Kanak 2010. Tahniah buat semua warga Sk Batu 14 kerana menjayakannya. InsyaAllah, 2011 kita lebih gemilang lagi.

Wednesday, October 21, 2009

LUNCH AT CAMERON HIGHLANDS 2009


JAMUAN MAKAN TENGAH HARI KELAB GURU DAN KAKITANGAN SK BATU 14 2009
TARIKH 14 November 2009
MASA 12 Tengah hari
TEMPAT Equitorial Hotel Cameron Highlands, Pahang.
Semua ahli dijemput memeriahkan acara tahunan ini... Bawak le famili sekali...
Jumaat malam Sabtu kita ke pasar malam Brinchang yek... Jangan lupa booking hotel siap-siap..

Saturday, September 26, 2009

Wednesday, September 2, 2009

Fadhilat Ramadhan

Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Tuesday, August 18, 2009

KEM GERAK GEMPUR UPSR 2009


TAHNIAH!
Program ini telah berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang positif dari semua guru dan staff... Terima kasih semua...
Semoga keputusan UPSR 2009 akan cemerlang!

Sunday, August 2, 2009

XpDc Cameron Highlands 2009

Puncak Gunung Brincang, Cameron Highlands...

6 Orang peserta konvoi berjaya menakluk puncak namun kabus tebal menyelubungi puncak gunung tersebut... TAHNIAH!

Friday, July 24, 2009

FUTSAL
Perlawanan futsal dengan Bank Rakyat Cawangan Tapah pada 14 Julai 2009 telah menampakkan kelemahan pasukan apabila tewas dengan jaringan 6 - 8. Walau bagaimanapun, pengurus pasukan, En. Mohd Nadzmi, optimis dengan pencapaian pasukan dalam perlawanan yang akan datang..





"Saya berpendapat, semua pemain menunjukkan kesungguhan mereka, namun, ternyata dalam bola sepak, pasukan yang lebih baik akan mendapat kelebihan. Kami akan teruskan siri perlawanan persahabatan di masa akan datang dan saya harap semua penyokong akan setia menyokong kami."

En. Mohd Nadzmi Bin Mohd Nazri