Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
Wednesday, September 2, 2009
Tuesday, August 18, 2009
KEM GERAK GEMPUR UPSR 2009

TAHNIAH!
Program ini telah berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang positif dari semua guru dan staff... Terima kasih semua...
Semoga keputusan UPSR 2009 akan cemerlang!
Sunday, August 2, 2009
XpDc Cameron Highlands 2009
Puncak Gunung Brincang, Cameron Highlands...
6 Orang peserta konvoi berjaya menakluk puncak namun kabus tebal menyelubungi puncak gunung tersebut... TAHNIAH!
Friday, July 24, 2009
FUTSALPerlawanan futsal dengan Bank Rakyat Cawangan Tapah pada 14 Julai 2009 telah menampakkan kelemahan pasukan apabila tewas dengan jaringan 6 - 8. Walau bagaimanapun, pengurus pasukan, En. Mohd Nadzmi, optimis dengan pencapaian pasukan dalam perlawanan yang akan datang..
"Saya berpendapat, semua pemain menunjukkan kesungguhan mereka, namun, ternyata dalam bola sepak, pasukan yang lebih baik akan mendapat kelebihan. Kami akan teruskan siri perlawanan persahabatan di masa akan datang dan saya harap semua penyokong akan setia menyokong kami."En. Mohd Nadzmi Bin Mohd Nazri
Saturday, July 11, 2009
TEMASYA SUKANEKA KALI KE 17
TAHNIAH kepada semua warga SK Batu 14 kerana dengan jayanya Temasya Sukaneka Kali ke 17 dapat dijalankan...Alhamdulillah dengan kerjasama dan komitmen yang tinggi terutamanya jawatankuasa kokurikulum sekolah... semua yang dirancang dilaksanakan dengan sempurna...
Sunday, June 14, 2009
Thursday, May 14, 2009
SAMBUTAN HARI GURU 2009
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2009
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
Hampa semua memang best.. Dak takkan jadi cikgu kot...
Kalau ada orang kata hampa tak baguih, maknanya depa tak pandang pun hang punya kelebihan.. Biaq bebudak je yang pandang.. Sebab hang memang kerja untuk bebudak tu..
Sebab tu la depa pandai dah.. Dah tau mengeja, menulih... macam macam lagi la.. Tambah lak bebudak asli.. Memang mencabar!
Terima kasih cikgu SK Batu 14.. Hampa semua HEBAT! & TETAP TERUS HEBAT! MEH KITA PERHEBATKAN!
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
Hampa semua memang best.. Dak takkan jadi cikgu kot...
Kalau ada orang kata hampa tak baguih, maknanya depa tak pandang pun hang punya kelebihan.. Biaq bebudak je yang pandang.. Sebab hang memang kerja untuk bebudak tu..
Sebab tu la depa pandai dah.. Dah tau mengeja, menulih... macam macam lagi la.. Tambah lak bebudak asli.. Memang mencabar!
Terima kasih cikgu SK Batu 14.. Hampa semua HEBAT! & TETAP TERUS HEBAT! MEH KITA PERHEBATKAN!
Subscribe to:
Posts (Atom)
